Sunday, 11 May 2014

Bab 9d Tingkatan 4


Bank Resos
Sejarah Tingkatan 4

Tema:
Perkembangan di Eropah dan Kesannya Terhadap Ekonomi Negara
Bab :
Bab 9: Perkembangan di Eropah
Bidang Pembelajaran:
(d) Imperialisme (Imperialisme Barat di Asia)
·         Pengertian
·         Faktor
·         Kesan
Hasil
Pembelajaran:

Selepas mempelajari tajuk ini, murid akan dapat:
(1)
Menyatakan maksud imperialisme (Aras 1)
(2)
Menyatakan faktor-faktor imperialisme Barat ke Asia
(Aras 1)
(3)
Menyenaraikan kesan-kesan imperialisme Barat ke Asia
Tenggara (Aras 1)

(4)
Menjelaskan dengan contoh faktor imperialisme Barat ke Asia (Aras 2)


Kemahiran:
Mengenal pasti fakta, membandingkan dan membezakan, dan mengumpulkan dan mengelaskan
Cadangan masa:
1 waktu
Persediaan:
(1)
Mengarahkan murid membaca buku teks (hlm 237 - 240) di rumah
(2)
Mengarahkan murid membawa buku:
·   Longman Esensi  Sejarah SPM
·   Longman Tutorial Terbilang Sejarah Tg. 4
(3)
Peta Asia yang menunjukkan kuasa Imperialisme Barat
(4)
Skrip lakonan sketsa: Faktor kedatangan Imperialisme
(5)
Pengurusan grafik: Mengklasifikasikan kesan-kesan imperialisme ke Asia


Strategi/Pendekatan Pengajaran & Pembelajaran
Sumber Rujukan
(1)
Set Induksi
·         Guru mempamerkan nama-nama pemain bola sepak Eropah yang terkenal seperti
-          Christian Ronaldo – Portugis
-          David Beckham – England
-          Raul Gonzales- Sepanyol
-          Terry Henry – Perancis
-          Nistelrooy - Belanda

·         Guru meminta murid menamakan negara asal pemain tersebut.
·         Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk pengajaran.

Majalah Bola Sepak

(2)
Pengenalan
·         Guru menerangkan maksud imperialisme kepada murid.
·         Murid diminta menyenaraikan negara-negara Asia Tenggara yang dijajah mengikut kuasa Imperialisme.
·     Buku Teks Sejarah Tg.4,
     hlm. 237 - 240
·     Longman Esensi Sejarah SPM,     hlm. 280 - 284

(3)
Imperialisme (Imperialisme Barat di Asia).
·         Guru mengedarkan peta Asia dan meminta murid menandakan kawasan penjajahan imperialisme Barat.
·         Guru meminta beberapa orang murid melakonkan sebuah sketsa yang menunjukkan faktor kedatangan kuasa imperialisme ke Asia.
·         Guru menerangkan faktor kedatangan imperialisme.
·         Murid secara bergilir-gilir menyatakan kesan-kesan imperialisme Barat di Asia.
·         Guru mengedarkan pengurusan grafik kepada semua murid dan meminta murid mengklasifikasikan kesan-kesan imperia-lisme ke Asia.

·     Buku Teks Sejarah Tg.4,
    hlm. 237 - 240
·     Longman Esensi Sejarah SPM,
     hlm.280 - 284

Melabel peta Asia:
Kawasan jajahan imperialis Barat.

Sketsa:
Faktor kedatangan imperialis. Skrip rekaan guru atau murid.

Rajah pengurusan grafik:
Mengklasifikasikan kesan-kesan imperialisme ke Asia.

(4)
·         Murid diarah untuk menyiapkan latihan.








Longman Tutorial Terbilang Sejarah Tg. 4:
·     Praktis A: Soalan 1 - 6 (hlm 72 -
    75)
·     Praktis B: Soalan 1 - 49 (hlm 76 -
    80)
·     Praktis C: Soalan 1 - 4 (hlm 80)





No comments:

Post a Comment