Sunday 11 May 2014

Bab 8b Tingkatan 4


Bank Resos
Sejarah Tingkatan 4

Tema:
Tamadun Islam dan Perkembangannya di Makkah
Bab:
Bab 8: Pembaharuan dan pengaruh Islam di Malaysia sebelum
kedatangan Barat
Bidang Pembelajaran:
(b) Sosiobudaya
·         Pendidikan
·         Kesenian
·         Bahasa dan kesusasteraan
·         Gaya hidup
Hasil Pembelajaran:
Selepas mempelajari tajuk ini, murid akan dapat:
(1)
Menyatakan pengaruh Islam dalam aspek sosiobudaya (Aras 1)
(2)
Mengklasifikasikan pengaruh Islam dalam aspek sosiobudaya (Aras 2)
(3)
Menghuraikan pengaruh Islam dalam aspek sosiobudaya          (Aras 2)


Kemahiran:
Mengenal pasti fakta, membandingkan dan membezakan, dan mengumpulkan dan mengelaskan
Cadangan masa:
2 waktu
Persediaan:
(1)
Mengarahkan murid membaca buku teks (hlm 200 - 208) di rumah
(2)
Mengarahkan murid membawa buku:
·   Longman Esensi  Sejarah SPM
·   Longman Tutorial Terbilang Sejarah Tg. 4
(3)
Risalah sekolah pondok
Strategi/Pendekatan Pengajaran & Pembelajaran 
Sumber Rujukan
(1)
Set Induksi
·         Guru menunjukkan risalah beberapa sekolah pondok yang terdapat di Malaysia.
·         Guru bertanya kepada murid tentang kaitan antara Islam dan sekolah pondok.

(2)
Pengenalan
·         Guru meminta murid menyatakan contoh-contoh pengaruh Islam yang terdapat di sekeliling mereka.
·         Guru menerangkan pengaruh Islam terhadap sosiobudaya masyarakat Melayu secara ringkas.


·     Buku Teks Sejarah Tg.4,
     hlm. 200 - 208
·     Longman Esensi Sejarah SPM,   hlm. 235 - 243

(3)
Pengaruh Kedatangan Islam Terhadap Sosiobudaya.
·         Guru mengarahkan menubuhkan enam kumpulan murid. Setiap kumpulan diberi kad tugasan soalan.
·         Setiap kumpulan dikehendaki menjawab soalan yang telah disediakan dengan menyediakan jawapan mengikut tema dan huraian.
-    Kumpulan 1: Terangkan pengaruh Islam dalam masyarakat Melayu terhadap bidang pendidikan.
-    Kumpulan 2: Jelaskan peranan yang dimainkan oleh Istana Melaka sebagai pusat kegiatan intelektual.
-    Kumpulan 3: Apakah perubahan dari segi bahasa dan kesusasteraan  setelah kedatangan agama Islam di Malaysia?
-    Kumpulan 4: Jelaskan kesan kesenian yang ditinggalkan oleh Islam di Tanah Melayu?
-    Kumpulan 5: Terangkan apakah amalan mulia yang diamalkan oleh masyarakat Melayu berlandaskan ajaran Islam.
-    Kumpulan 6: Bagaimanakah sistem pendidikan formal dan tidak formal disampaikan kepada masyarakat Melayu.

·         Setiap kumpulan melaporkan jawapan soalan mereka dengan menggunakan OHP.
·         Semua murid diminta menghasilkan buku skrap yang berkaitan dengan tajuk dan soalan.

·     Buku Teks Sejarah Tg.4,
     hlm.200 - 208
·     Longman Esensi Sejarah SPM,
     hlm. 235 - 243















Contoh Soalan
Soalan: Jelaskan peranan yang dimainkan oleh Istana Melaka sebagai pusat kegiatan intelektual?


                 


(4)
·           Murid diarah untuk menyiapkan latihan.
Longman Tutorial Terbilang Sejarah Tg. 4:
·    Praktis A: Soalan 1 - 6 (hlm 63 - 66)
·    Praktis B: Soalan 1 - 50 (hlm 67 -
    70)
·    Praktis C: Soalan 1 - 6 (hlm 71)




No comments:

Post a Comment