Sunday, 11 May 2014

Bab 9b Tingkatan 4


Bank Resos
Sejarah Tingkatan 4

Tema:
Perkembangan di Eropah dan Kesannya Terhadap Ekonomi Negara
Bab :
Bab 9: Perkembangan di Eropah
Bidang Pembelajaran:
(b) Penjelajahan dan Penerokaan.
·         Penemuan jalan laut dan dunia baru
Hasil
Pembelajaran:

Selepas mempelajari tajuk ini, murid akan dapat:
(1)
Menyenaraikan kuasa-kuasa Barat yang terlibat dalam
penjelajahan (Aras 1)
(2)
Melakarkan laluan penjelajahan kuasa-kuasa Barat (Aras 1)
(3)
Menyatakan sebab-sebab penjelajahan kuasa-kuasa
Barat (Aras 1)
(4)
Menyatakan kesan-kesan penjelajahan kuasa-kuasa Barat ke atas masyarakat setempat (Aras 1)


Kemahiran:
Mengenal pasti fakta, membandingkan dan membezakan, dan mengumpulkan dan mengelaskan
Cadangan masa:
2 waktu
Persediaan:
(1)
Mengarahkan murid membaca buku teks (hlm 223 - 226) di rumah
(2)
Mengarahkan murid membawa buku:
·   Longman Esensi  Sejarah SPM
·   Longman Tutorial Terbilang Sejarah Tg. 4
(3)
Peta imperialisme Barat di Asia
(4)
Peta dunia arah laluan penjelajahan kuasa Eropah
(5)
Peta Perjanjian Tordisillas


Strategi/Pendekatan Pengajaran & Pembelajaran
Sumber Rujukan
(1)
Set Induksi
·         Guru menayangkan peta imperialisme Barat di Asia.
·         Guru bertanya kepada murid apa kaitan antara peta tersebut dengan tajuk pengajaran
·         Guru mengaitkan peta dengan tajuk pengajaran.





(2)
Pengenalan
·         Guru meminta murid menyenaraikan negara-negara yang yang menjalankan penjelajahan ke luar negara.
·         Guru menerangkan tentang matlamat utama kuasa Barat menjalankan dasar perluasan kuasa.

·     Buku Teks Sejarah Tg.4,
     hlm. 223 - 226
·     Longman Esensi Sejarah SPM, hlm.
    267 - 271

(3)
Penjelajahan dan Penerokaan
·         Guru mengedarkan peta dunia kepada murid dan mengarahkan murid menandakan arah penjelajahan dan penerokaan  kuasa-kuasa Barat.
·         Guru menjelaskan persaingan antara Portugis dan Sepanyol semasa menjalankan aktiviti penjelajahan.
·         Guru menunjukkan peta Perjanjian Tordisillas untuk menjelaskan pembahagian kawasan lingkungan pengaruh untuk aktiviti penjelajahan.
·         Guru menerangkan kepada murid sebab-sebab penjelajahan kuasa-kuasa Barat.
·         Guru mengarahkan murid membina peta minda yang berkaitan dengan sebab-sebab penjelajahan kuasa Barat.
·         Guru meminta murid membincangkan kesan-kesan penjelajahan kuasa Barat bersama rakan mereka.
·         Guru meminta murid membina pengurusan grafik mengklasifikasikan kesan-kesan penjelajahan kuasa Barat ke atas masyarakat setempat dari segi ekonomi, politik, dan sosial.

·     Buku Teks Sejarah Tg.4,
    hlm.223 - 226
·     Longman Esensi Sejarah SPM,
    hlm.267 - 271


Melakar peta:
Arah laluan penjelajahan.

Peta minda:
Sebab penjelajahan kuasa-kuasa Barat.

Contoh:
Pengurusan grafik:
Mengklasifikasi kesan-kesan penjelajahan kuasa Barat ke atas masyarakat setempat dari segi politik, ekonomi, dan sosial.   
       
(4)
·           Murid diarah untuk menyiapkan latihan.
Longman Tutorial Terbilang Sejarah Tg. 4:
·    Praktis A: Soalan 1 -  6 (hlm 72 - 75)
·    Praktis B: Soalan 1 - 49 (hlm 76 - 80)
·    Praktis C: Soalan 1 - 4 (hlm 80)








No comments:

Post a Comment