Sunday, 11 May 2014

Bab 5c Tingkatan 4


Bank Resos
Sejarah Tingkatan 4

Tema:
Tamadun Islam dan Perkembangannya
Bab :
Bab 5: Kerajaan Islam di Madinah.
Bidang Pembelajaran:
(c) Penyebaran Islam
·         Mempertahankan maruah dan hak
Hasil Pembelajaran:
Selepas mempelajari tajuk ini, murid akan dapat:
(1)
Menerangkan usaha penyebaran Islam di Madinah (Aras 1)
(2)
Menghuraikan penyebaran Islam oleh Nabi Muhammad SAW
(Aras 2)
(3)
Merasionalkan penyebaran Islam bukan melalui kekerasan
(Aras 3)


Kemahiran:
Mengenal pasti fakta, membandingkan dan membezakan, dan mengumpulkan dan mengelaskan
Cadangan masa:
1 waktu
Persediaan:
(1)
Mengarahkan murid membaca buku teks (hlm 129 - 131) di rumah
(2)
Mengarahkan murid membawa buku:
·   Longman Esensi  Sejarah SPM
·   Longman Tutorial Terbilang Sejarah Tg. 4
(3)
Gambar pedang Nabi Muhammad SAW
(4)
Warkah utusan penyebaran Islam yang dihantar oleh Nabi Muhammad SAW

Strategi/Pendekatan Pengajaran & Pembelajaran
Sumber Rujukan
(1)
Set Induksi
·         Guru menayangkan gambar pedang Nabi Muhammad SAW.
·         Guru mengaitkan gambar dengan tajuk  penyebaran Islam mempertahankan hak dan maruah.




(2)
Pengenalan
·         Guru meminta seorang murid membaca warkah Nabi Muhammad SAW yang dihantar kepada Maharaja Rom Timur (rujuk kepada Buku Teks Sejarah Tingkatan 4 halaman 129).
·         Guru menerangkan kepada murid usaha-usaha yang telah dijalankan oleh Nabi Muhammad SAW untuk menyebarkan agama Islam ke seluruh dunia.

·   Buku Teks Sejarah Tg.4,
    hlm. 129 - 131
·   Longman Esensi Sejarah SPM, hlm. 151 - 153

(3)
Penyebaran Islam
(Mempertahankan maruah dan hak)
·         Murid diminta menamakan peperangan yang telah dilalui oleh Nabi Muhammad SAW.
·         Guru menerangkan kepada murid strategi penyebaran Islam yang telah dijalankan oleh Nabi Muhammad SAW.
·         Guru meminta murid menyatakan reaksi negara-negara yang menerima warkah daripada Nabi Muhammad SAW.
·         Guru bersoal jawab dengan murid tentang garis panduan peperangan yang diizinkan oleh Islam dan membandingkannya dengan peperangan pada zaman ini.
·         Guru meminta murid menulis semula semua isi penting berkaitan tajuk ke dalam buku nota.

·   Buku Teks Sejarah Tg.4,
    hlm. 129 - 131
·   Longman Esensi Sejarah SPM,  hlm. 151 - 153











(4)
Murid diarah untuk menyiapkan latihan.
Longman Tutorial Terbilang Sejarah Tg. 4:
·     Praktis A: Soalan 1 - 6 (hlm 36 -      39)
·     Praktis B: Soalan 1 - 44 (hlm 39 - 43)
·     Praktis C: Soalan 1 - 6 (hlm 43 - 44)










No comments:

Post a Comment