Sunday, 11 May 2014

Bab 2a Tingkatan 4


Bank Resos
Sejarah Tingkatan 4

Tema:
Tamadun Awal Manusia
Bab:
Bab 2: Peningkatan Tamadun (Yunani, Rom, India, dan China)
Bidang Pembelajaran:
(a)   Peningkatan dan Sumbangan Tamadun Yunani, Rom, India, dan China
Hasil Pembelajaran:
Selepas mempelajari tajuk ini, murid akan dapat:
(1)
Menyatakan aspek peningkatan tamadun Yunani, Rom, India, dan China (Aras 1)
(2)
Menyenaraikan sumbangan tamadun Yunani, Rom, India, dan China (Aras 1)
(3)
Mengklasifikasi sumbangan setiap tamadun (Aras 2)
(4)
Membandingkan sistem demokrasi Yunani dengan sistem demokrasi Malaysia pada hari ini (Aras 3)


Kemahiran:
Mengenal pasti fakta, membandingkan dan membezakan, dan mengumpulkan dan mengelaskan
Cadangan masa:
2 waktu
Persediaan:
(1)
Mengarahkan murid membaca buku teks (hlm 37 - 68) di rumah
(2)
Mengarahkan murid membawa buku:
·   Longman Esensi  Sejarah SPM
·   Longman Tutorial Terbilang Sejarah Tg. 4
(3)
Gunakan Slaid Paparan 3
(4)
Gambar Colloseum
(5)
Pengurusan grafik: Aspek peningkatan tamadun


Strategi/Pendekatan Pengajaran & Pembelajaran
Sumber Rujukan
(1)
Set Induksi
·         Guru menayangkan gambar bangunan Colloseum dan bertanya kepada murid tentang fungsi bangunan tersebut.
·         Guru mengaitkan gambar tersebut dengan tajuk pengajaran.


(2)
Pengenalan
·        Guru  menerangkan proses peningkatan tamadun Yunani, Rom, India, dan China.
·        Guru bertanya kepada murid tentang bentuk sistem pemerintahan yang diamalkan oleh tamadun di atas.
·        Guru mengaitkan jawapan murid dengan proses peningkatan tamadun.

·     Buku Teks Sejarah Tg.4, hlm. 37 - 64
·     Longman Esensi Sejarah SPM,
    hlm. 41 - 74

(3)
Proses Peningkatan Tamadun Yunani, Rom, India, dan China.
·         Guru mengarahkan murid membentuk enam kumpulan berdasarkan aspek peningkatan tamadun.
-          Kumpulan 1: Pemerintahan
-          Kumpulan 2: Perundangan
-          Kumpulan 3: Perluasan kuasa
-          Kumpulan 4: Peningkatan ekonomi
-          Kumpulan 5: Peningkatan sosial
-          Kumpulan 6: Sumbangan Tamadun

·         Guru mengarahkan murid membin-cangkan aspek peningkatan tamadun mengikut aspek yang disediakan berdasarkan pengurusan grafik.
·         Wakil setiap kumpulan memben-tangkan hasil laporan masing-masing.
·         Guru merumuskan hasil perbin-cangan murid.
·         Semua murid dikehendaki mengisi jadual yang disediakan oleh guru berdasarkan perbincangan dan rumusan guru.


·     Buku Teks Sejarah Tg.4, hlm. 42 - 64
·     Longman Esensi Sejarah SPM,
    hlm. 41 - 74

·     Slaid Paparan 3






Cadangan aktiviti pembelajaran

Pengurusan grafik:
Aspek peningkatan tamadun

Contoh:

Tamadun/
Aspek
Yunani
Rom
India
China
Pemerintahan




Perundangan




Perluasan kuasa




Peningkatan ekonomi




Peningkatan Sosial




Sumbangan




(4)
Murid diarah untuk menyiapkan latihan.
Longman Tutorial Terbilang Sejarah   Tg. 4:
·   Praktis A: Soalan 1 - 6 (hlm 9 - 12)
·   Praktis B: Soalan 1 - 38 (hlm 12 -15)
·   Praktis C: Soalan 1 -  6 (hlm 15 - 16)








1 comment:

  1. Cikgu Sarah, boleh x nak slaid paparan tu..Terima kasih cikgu.

    ReplyDelete