Sunday, 11 May 2014

Bab 2b Tingkatan 4

Bank Resos
Sejarah Tingkatan 4

Tema:
Tamadun Awal Manusia
Bab:
Bab 2: Peningkatan Tamadun (Yunani, Rom, India, dan China)
Bidang Pembelajaran:
(b) Kemunculan Agama dan Ajaran Utama Dunia
Hasil Pembelajaran:
Selepas mempelajari tajuk ini, murid akan dapat:
(1)
Menyatakan pengertian agama dan ajaran (Aras 1)
(2)
Menyenaraikan agama dan ajaran utama dunia (Aras 1)
(3)
Menghuraikan prinsip-prinsip utama setiap agama dan ajaran dunia (Aras 2)


Kemahiran:
Mengenal pasti fakta, membandingkan dan membezakan, dan mengumpulkan dan mengelaskan
Cadangan masa:
1 waktu
Persediaan:
(1)
Mengarahkan murid membaca buku teks (hlm. 65 - 68) di rumah
(2)
Mengarahkan murid membawa buku:
·   Longman Esensi  Sejarah SPM
·   Longman Tutorial Terbilang Sejarah Tg. 4
(3)
Peta lokasi kemunculan agama di dunia


Strategi/Pendekatan Pengajaran & Pembelajaran
Sumber Rujukan
(1)
Set Induksi
·         Guru bertanya kepada murid tentang kemungkinan yang akan berlaku kepada dunia, jika tidak wujud agama dan mengaitkan dengan kemunculan agama dan ajaran di dunia.


(2)
Pengenalan
·        Guru menerangkan kepada murid tentang kepentingan agama kepada kehidupan manusia.
·        Guru mengedarkan peta lokasi kemunculan agama di dunia dan meminta murid menanda lokasi kemunculan agama di dunia.


·    Buku Teks Sejarah Tg.4,                  hlm. 65 - 68
·    Longman Esensi Sejarah SPM,  hlm. 74 - 79


(3)
Kemunculan Agama dan Ajaran Utama Dunia.
·         Guru mengarahkan murid mengkaji Buku Teks Sejarah Tingkatan 5 dan Buku Rujukan Longman Esensi Sejarah SPM yang berkaitan dengan tajuk pelajaran.
·         Murid diminta  menyenaraikan isi penting berkaitan dengan ciri-ciri dan ajaran agama di dunia.
·         Murid membina jadual berkaitan dengan    ciri-ciri, ajaran, dan pengasas agama di dunia.
·         Guru memilih beberapa orang murid untuk membaca hasil dapatan berdasarkan teks Sejarah tingkatan 5 dan teks Longman Esensi Sejarah SPM.



·    Buku Teks Sejarah Tg.4,
    hlm. 65 - 68
·    Longman Esensi Sejarah SPM, hlm. 74 - 79

Cadangan aktiviti pembelajaran

Menyenaraikan:
Isi penting berkaitan agama di dunia.

Contoh:

Agama
Ciri
Ajaran
Pengasas
Hindu



Buddha



Kristian



Islam



Confucianisme



Taoisme



(4)
·         Murid diarah untuk menyiapkan latihan.
Longman Tutorial Terbilang Sejarah Tg. 4:
·    Praktis A: Soalan 1 - 6 (hlm 9 - 12)
·    Praktis B: Soalan 1 - 38 (hlm 12 -  15)
·    Praktis C: Soalan 1 - 6 (hlm 15 - 16)










No comments:

Post a Comment