Sunday, 11 May 2014

Bab 4b Tingkatan 4


Bank Resos
Sejarah Tingkatan 4

Tema:
Tamadun Islam dan Perkembangannya
Bab:
Bab 4: Kemunculan Tamadun Islam dan Perkembangannya di Makkah
Bidang Pembelajaran:
(b) Islam dan Penyebarannya di Makkah
  • Kelahiran dan perkembangan Islam di Makkah
Hasil Pembelajaran:
Selepas mempelajari tajuk ini, murid akan dapat:
(1)
Menceritakan riwayat hidup Nabi Muhammad SAW sehingga dilantik menjadi rasul (Aras 1)
(2)
Menyatakan cara penyebaran Islam di Makkah (Aras 1)
(3)
Menghuraikan penyebaran Islam di Makkah  (Aras 2)
(4)
Menyatakan reaksi masyarakat Arab terhadap penyebaran Islam di Makkah (Aras 1)


Kemahiran:
Mengenal pasti fakta, membandingkan dan membezakan, dan mengumpulkan dan mengelaskan
Cadangan masa:
2 waktu
Persediaan:
(1)
Mengarahkan murid membaca buku teks (hlm 102 - 114) di rumah
(2)
Mengarahkan murid membawa buku:
·   Longman Esensi  Sejarah SPM
·   Longman Tutorial Terbilang Sejarah Tg. 4
(3)
Gunakan Slaid Paparan 7
(4)
Lagu nasyid berkaitan Nabi Muhammad SAW
(5)
Kad-kad tajuk tugasan perbincangan murid












Strategi/Pendekatan Pengajaran & Pembelajaran
Sumber Rujukan
(1)
Set Induksi
·         Guru memperdengarkan sebuah lagu nasyid yang berkaitan dengan Nabi Muhammad SAW
·         Guru meminta murid menghayati lagu nasyid tersebut dan mengaitkan dengan tajuk pengajaran.
·         Guru meminta seorang murid bercerita tentang Nabi Muhammad SAW berdasarkan pengetahuan sedia ada mereka.





Contoh lirik lagu nasyid:
Sifat-sifat nabi yang wajib baginya
eloklah kita menghafalnya
mogakan bertambah cinta kepadanya
dan mengikut jejak langkahnya
(dan mengamalkan sunnahnya)

siddiq, amanah, tabligh, fatanah,
benar, amanah, menyampaikan, bijaksana

sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak
sifat yang mustahil bagi nabi kita
elok jua kita ketahui
sebagai panduan dalam hidup kita
menambah keyakinan padanya
dusta, khianat, menyembunyikan, tidak cerdik
mustahil bagi nabi

(2)
Pengenalan
·         Guru mengarahkan murid melihat carta salasilah Nabi Muhammad SAW dan meminta mereka mengkaji salasilah keturunan Nabi Muhammad SAW.
·         Guru mengedarkan kad-kad tugasan kepada murid mengikut kumpulan.
·         Setiap kumpulan diberi kad tajuk yang berbeza.
-          Kumpulan 1: Teknik bercerita – Kehidupan Nabi Muhammad SAW sebelum menjadi rasul.
-          Kumpulan 2: Teknik  syarahan – Keperibadian Nabi Muhammad SAW.
-          Kumpulan 3: Mencipta sajak – Kerasulan Nabi Muhammad SAW.
-          Kumpulan 4: Wawancara – Penyebaran Islam di Makkah.
-          Kumpulan 5: Forum - Reaksi masyarakat Arab terhadap penyebaran agama Islam.

·         Murid berbincang dalam kumpulan masing-masing berdasarkan kad-kad tugasan yang telah diedarkan oleh guru.
·         Untuk menarik minat murid membuat persembahan yang baik, guru memberi markah kepada setiap persembahan.
·         Kumpulan yang melakukan persembahan terbaik akan diberikan hadiah.

·     Buku Teks Sejarah Tg.4,
    hlm 102 - 114
·     Longman Esensi Sejarah SPM, hlm. 126 - 131


(3)
Islam dan Penyebarannya di Makkah.
·         Guru meminta setiap kumpulan membuat persembahan berdasarkan kad tugasan yang telah disediakan.
·         Guru membuat rumusan tentang persembahan murid dan mengumumkan persembahan kumpulan terbaik.
·         Guru menerangkan kembali secara ringkas tajuk pengajaran untuk mengukuhkan lagi kefahaman murid.
·         Guru mengarahkan murid menyusun semula isi perbincangan berdasarkan soalan dan tema jawapan di dalam buku nota.


·   Buku Teks Sejarah Tg.4,
   hlm. 102 - 113
·   Longman Esensi Sejarah SPM,
   hlm. 126 - 131






(4)
·         Murid diarah untuk menyiapkan latihan.
Longman Tutorial Terbilang Sejarah Tg. 4:
·     Praktis A: Soalan 1 - 6 (hlm 27 -
     30)
·     Praktis B: Soalan 1 - 50 (hlm 31-
     34)
·     Praktis C: Soalan 1 - 6 (hlm 34 -
     35)






No comments:

Post a Comment