Sunday, 11 May 2014

Bab 6b Tingkatan 4


Bank Resos
Sejarah Tingkatan 4

Tema:
Tamadun Islam dan Perkembangannya.
Bab:
Bab 6: Pembentukan Kerajaan Islam dan Sumbangannya.
Bidang Pembelajaran:
(b) Kerajaan Bani Umaiyah
  • Latar belakang
  • Sumbangan
(c) Kerajaan Bani Abbasiyah
  • Latar belakang
  • Sumbangan
(d) Kerajaan Turki Uthmaniyah
  • Latar belakang
  • Sumbangan
  • Faktor penyebaran Islam ke Eropah
Hasil Pembelajaran:
Selepas mempelajari tajuk ini, murid akan dapat:
(1)
Menyatakan latar belakang pembentukan kerajaan Bani Umaiyah, Bani Abbasiyah, dan Turki Uthmaniyah
(Aras 1).
(2)
Menyatakan sumbangan kerajaan Bani Umaiyah, Bani Abbasiyah, dan Turki Uthmaniyah (Aras 1).
(3)
Menyatakan faktor yang membolehkan kerajaan Turki
Uthmaniyah menyebarkan Islam ke Eropah (Aras 1).
(4)
Menghuraikan faktor yang membolehkan kerajaan Turki
Uthmaniyah menyebarkan Islam ke Eropah (Aras 2).


Kemahiran:
Mengenal pasti fakta, membandingkan dan membezakan, dan mengumpulkan dan mengelaskan.
Cadangan masa:
2 waktu
Persediaan:
(1)
Mengarahkan murid membaca buku teks (hlm 150-163) di rumah.
(2)
Mengarahkan murid membawa buku:
·   Longman Esensi  Sejarah SPM
·   Longman Tutorial Terbilang Sejarah Tg. 4
(3)
Kad yang tertulis nama-nama pengasas kerajaan Islam.
(4)
Pengurusan grafik: Membandingkan sumbangan
kerajaan-kerajaan Islam.













Strategi/Pendekatan Pengajaran & Pembelajaran
Sumber Rujukan
(1)
Set Induksi
·         Guru menampal beberapa kad nama pengasas kerajaan Islam di papan tulis dan menanyakan murid tentang tokoh tersebut.
·         Guru mengaitkan nama-nama tersebut dengan tajuk pengajaran.

·    Buku Teks Sejarah Tg. 4,
    hlm 150 - 163




(2)
Pengenalan
·         Guru menerangkan kepada murid tentang kematian Ali bin Abu Talib yang telah menamatkan pemerintahan Khulafa al-Rasyidin dan digantikan dengan kerajaan Bani Umaiyah.

·    Buku Teks Sejarah Tg.4,
    hlm. 150 - 163
·    Longman Esensi Sejarah SPM,
    hlm. 175 - 187

(3)
Kerajaan-kerajaan Islam.
·         Guru mengarahkan murid merujuk kepada peta kerajaan Bani Umaiyah, Bani Abbasiyah, dan Turki Uthmaniyah di halaman 152, 157, dan 160, Buku Teks Sejarah Tingkatan 4.
·         Murid diminta mengkaji ketiga-tiga peta tersebut untuk melihat perkembangan kerajaan Islam semasa zaman ketiga-tiga kerajaan tersebut.
·         Guru mengedarkan pengurusan grafik perbandingan sumbangan kerajaan kepada semua murid dan meminta murid mengisi   pengurusan grafik tersebut.
·         Guru menjelaskan lagi kepada murid tentang sumbangan ketiga-tiga buah kerajaan.
·         Guru menggunakan kaedah sumbang saran menjana idea murid mengemukakan sebab kerajaan Turki Uthmaniyah berjaya menyebarkan Islam di Eropah.
·         Guru mengarahkan murid mencatat kembali isi penting berkaitan dengan  sumbang saran ke dalam bentuk tema penting.

·    Buku Teks Sejarah Tg.4,
     hlm. 150 - 163
·    Longman Esensi Sejarah SPM,
    hlm. 175 - 187

Cadangan aktiviti pembelajaran

Melakar peta:  
Kawasan kerajaan Bani Umaiyah, kawasan kerajaan Bani Abbasiyah, dan  kawasan kerajaan Turki Uthmaniyah.

Pengurusan grafik:
Membandingkan sumbangan kerajaan-kerajaan Islam.

Contoh:

K’jaan
Bani
Umaiyah
Bani
Abbasiyah
Turki
Uthmaniyah
Khalifah
Muawiyah
Abu Abbas

Sumbangan



Faktor kejatuhan






(4)
·         Murid diarah untuk menyiapkan latihan.
Longman Tutorial Terbilang Sejarah Tg. 4:
·   Praktis A: Soalan 1 - 6 (hlm 45 - 48)
·   Praktis B: Soalan 1 - 45 (hlm 49 - 52)
·   Praktis C: Soalan 1 -  6 (hlm 53)



No comments:

Post a Comment