Sunday, 11 May 2014

Bab 5a Tingkatan 4



Bank Resos
Sejarah Tingkatan 4


Tema:
Tamadun Islam dan perkembangannya
Bab:
Bab 5: Kerajaan Islam di Madinah
Bidang Pembelajaran:
(a)   Kerajaan Islam di Madinah
·         Perjanjian Aqabah Pertama dan Kedua (Peristiwa ringkas)
·         (ii) Hijrah (Peristiwa ringkas)
Hasil Pembelajaran:
Selepas mempelajari tajuk ini, murid akan dapat:
(1)
Menyatakan kepentingan Perjanjian Aqabah Pertama dan            Perjanjian Aqabah Kedua (Aras 1)
(2)
Menerangkan maksud Hijrah dalam Islam (Aras 1)
(3)
Menyenaraikan sebab-sebab Nabi Muhammad SAW berhijrah ke Madinah (Aras 1)
(4)
Menyatakan kepentingan peristiwa Hijrah dalam sejarah Islam (Aras 1)


Kemahiran:
Mengenal pasti fakta, membandingkan dan membezakan, dan mengumpulkan dan mengelaskan
Cadangan masa:
2 waktu
Persediaan:
(1)
Mengarahkan murid membaca buku teks (hlm 118 - 124) di rumah
(2)
Mengarahkan murid membawa buku:
·   Longman Esensi  Sejarah SPM
·   Longman Tutorial Terbilang Sejarah Tg. 4
(3)
Gunakan Slaid Paparan 8
(4)
Lirik dan lagu nasyid bertemakan hijrah
(5)
Pengurusan grafik: Kepentingan hijrah
(6)
Sampul surat yang mengandungi kad tugasan murid
(7)
Pen dan alatan transparensi















Strategi/Pendekatan Pengajaran & Pembelajaran
Sumber Rujukan
( (1)
Set Induksi
·         Guru memperdengarkan lagu nasyid yang bertajuk “Hijrah” dan meminta murid menghayati lagu nasyid tersebut.
·         Guru mengaitkan lagu nasyid dengan tajuk pengajaran.
·         Guru mengedarkan lirik lagu nasyid “Hijrah” kepada murid.

Satu Muharam Detik Permulaan
Perkiraan Tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan Umat Islam
Dari Kota Makkah ke Kota Madinah

Atas Keyakinan dan Iman yang Teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar Bersatu
Rela Berkorban Harta dan Nyawa
Demi Menegakkan Islam Tercinta

Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan

Oleh Itu Mari Semua
Kita Sambut Maal Hijrah
Tingkatkan Semangat Tegakkan Syiar Islam
Untuk Sepanjang Zaman

(2)
Pengenalan
·         Guru menggunakan teknik bercerita untuk menerangkan kepada murid tentang perjanjian Aqabah Pertama dan Aqabah Kedua antara Nabi Muhammad SAW dengan penduduk Madinah.
·         Guru bersoal jawab dengan murid tentang isi kandungan kedua-dua perjanjian tersebut  dan meminta beberapa orang murid untuk mencatatkan isi perjanjian di papan tulis.
·         Guru mengaitkan perjanjian tersebut dengan penghijrahan Nabi Muhammad SAW ke Madinah.

·    Buku Teks Sejarah Tg.4,
    hlm. 118 - 124
·    Longman Esensi Sejarah SPM, hlm. 140 - 146


(3)
Kerajaan Islam di Madinah.
·         Guru menyediakan enam keping sampul surat  yang mengandungi kad tugasan murid.
·         Ketua kumpulan diminta memilih sampul surat yang mengandungi kad tugasan.
·         Dua kumpulan akan mendapat tugasan membuat peta minda sebab-sebab penghijrahan Nabi Muhammad SAW ke Madinah.
·         Dua kumpulan akan mendapat tugasan kajian peta Semenanjung Tanah Arab yang berkaitan dengan hijrah Nabi Muhammad SAW.
·         Dua kumpulan akan mendapat tugasan   pengurusan grafik kepentingan peristiwa hijrah dalam sejarah Islam.
·         Hasil perbincangan murid hendaklah ditulis di atas plastik transperansi.
·         Setiap wakil kumpulan diminta menayangkan hasil mereka.
·         Guru membuat kesimpulan dan menambah isi yang berkaitan untuk meningkatkan kefahaman berkaitan dengan tajuk.
·         Guru meminta murid menulis semula hasil persembahan mereka ke dalam buku nota dalam bentuk yang sama seperti persembahan kumpulan.

·   Buku Teks Sejarah Tg.4,             hlm. 118 - 124
·   Longman Esensi Sejarah SPM, hlm. 140 - 146

·     Slaid Paparan 8

Peta minda:
Sebab penghijrahan Nabi Muhammad SAW ke Madinah.

Contoh:


Kajian Peta Semenanjung Tanah Arab: Hijrah Nabi Muhammad SAW.

Pengurusan grafik:
Kepentingan peristiwa Hijrah dalam sejarah Islam.

(4)
·      Murid diarah untuk menyiapkan latihan.
Longman Tutorial Terbilang Sejarah Tg. 4:
·   Praktis A: Soalan 1 - 6 (hlm 36 -
   39)
·   Praktis B: Soalan 1 - 44 (hlm 39 -
   43)
·   Praktis C: Soalan 1 - 6 (hlm 43 -
   44)



1 comment:

  1. cikgu arahan aktiviti berkumpulan tidak jelas . harap cikgu comment ye

    ReplyDelete