Sunday, 11 May 2014

Bab 6c Tingkatan 4


Bank Resos
Sejarah Tingkatan 4

Tema:
Tamadun Islam dan Perkembangannya.
Bab :
Bab 6: Pembentukan Kerajaan Islam dan Sumbangannya.
Bidang Pembelajaran:
(e) Pertembungan Tamadun Islam dengan Tamadun Lain di Dunia.
  • Cara pertembungan
  • Kesan
Hasil Pembelajaran:
Selepas mempelajari tajuk ini, murid akan dapat:
(1)
Menandakan lokasi dan menamakan tamadun lain yang bertembung dengan tamadun Islam (Aras 1)
(2)
Menyatakan cara pertembungan tamadun Islam dengan tamadun lain di dunia (Aras 1)
(3)
Menyatakan kesan pertembungan tamadun Islam dengan tamadun lain di dunia (Aras 2)
(4)
Menghuraikan kesan pertembungan tamadun Islam
dengan tamadun lain di dunia (Aras 2)


Kemahiran:
Mengenal pasti fakta, membandingkan dan membezakan, dan mengumpulkan dan mengelaskan
Cadangan masa:
2 waktu
Persediaan:
(1)
Mengarahkan murid  membaca buku teks (hlm 164 - 170) di rumah
(2)
Mengarahkan murid membawa buku:
·   Longman Esensi  Sejarah SPM
·   Longman Tutorial Terbilang Sejarah Tg. 4
(3)
Peta dunia - Pertembungan tamadun Islam dengan tamadun lain di dunia


Strategi/Pendekatan Pengajaran & Pembelajaran
Sumber Rujukan
(1)
Set Induksi
·         Guru menyebut beberapa buah tamadun seperti Sumeria, Mesir Purba, China, India, dan Rom.
·         Guru bertanya kepada murid kaitan tamadun tersebut dengan tamadun Islam.
·         Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk pengajaran.

·      Buku Teks Sejarah Tg.4,
    hlm 164 - 170



(2)
Pengenalan
·         Guru menerangkan secara ringkas tentang pertembungan yang berlaku antara tamadun Islam dan tamadun-tamadun lain di dunia.




·      Buku Teks Sejarah Tg.4,
·      hlm. 164 - 170
·   Longman Esensi Sejarah SPM,
    hlm. 188 - 194

(3)
Pertembungan Tamadun Islam dengan Tamadun Lain di Dunia.
·         Guru mengedarkan peta dunia kepada murid dan meminta murid menandakan lokasi tamadun yang bertembung dengan tamadun Islam.
·         Murid diminta mengkaji peta tersebut dan berbincang sesama mereka tentang pertembungan tersebut.
·         Murid diminta melukis arah aliran pertembungan tamadun dan menulis cara pertembungan tersebut berlaku, contohnya
-          Tamadun Islam dengan tamadun Yunani dan Rom berlaku melalui proses penaklukan oleh Amr bin A’as di Mesir.
-          Tamadun Islam dengan tamadun Parsi berlaku menerusi perluasan kuasa kerajaan Islam di Baghdad.
-          Tamadun Islam dengan tamadun China menerusi aktiviti perdagangan.

·         Guru menerangkan kepada murid pertembungan tamadun telah menimbulkan beberapa kesan.
·         Guru meminta murid membina pengurusan grafik kesan pertembungan tamadun dari aspek:
-          Perluasan kawasan Islam.
-          Proses urbanisasi dan organisasi sosial.
-          Peningkatan ilmu pengetahuan.
-          Kesenian.

·   Buku Teks Sejarah Tg.4,
   hlm. 164 - 170
·   Longman Esensi Sejarah SPM,
   hlm. 188 - 194




Kajian peta dan teks:
Pertembungan tamadun Islam.












Pengurusan grafik:
Kesan pertembungan tamadun.

(4)
·         Murid diarah untuk menyiapkan latihan.
Longman Tutorial Terbilang Sejarah Tg. 4:
·   Praktis A: Soalan 1 - 6 (hlm 45 - 48)
·   Praktis B: Soalan 1 - 45 (hlm 49 - 52)
·   Praktis C: Soalan 1 - 6 (hlm 53)




No comments:

Post a Comment