Sunday, 11 May 2014

Bab 7c Tingkatan 4


Bank Resos
Sejarah Tingkatan 4

Tema:
Tamadun Islam dan Perkembangannya
Bab :
Bab 7: Islam Di Asia Tenggara
Bidang Pembelajaran:
(c) Pengaruh Islam di Asia Tenggara.
·         Aspek pemerintahan dan pentadbiran
·         Aspek sosial
·         Aspek ekonomi
Hasil Pembelajaran:

Selepas mempelajari tajuk ini, murid akan dapat:
(1)
Menyatakan pengaruh Islam dalam masyarakat di Asia Tenggara (Aras 1)
(2)
Menyenaraikan kerajaan-kerajaan Islam di Asia Tenggara           (Aras 1)
(3)
Mengklasifikasikan pengaruh Islam dalam masyarakat di Asia Tenggara (Aras 2)
(4)
Menghuraikan pengaruh Islam dalam bidang pentadbiran dan pemerintahan kerajaan Asia Tenggara (Aras 2)


Kemahiran:
Mengenal pasti fakta, membandingkan dan membezakan, dan mengumpulkan dan mengelaskan
Cadangan masa:
2 waktu
Persediaan:
(1)
Mengarahkan murid membaca buku teks (hlm 185 - 192) di rumah
(2)
Mengarahkan murid membawa buku:
·   Longman Esensi  Sejarah SPM
·   Longman Tutorial Terbilang Sejarah Tg. 4
(3)
Kad-kad perkataan
(4)
Kajian risalah: Pengaruh Islam dalam sistem kewangan



Strategi/Pendekatan Pengajaran & Pembelajaran
Sumber Rujukan
(1)
Set Induksi
·         Guru menayangkan kad-kad perkataan.
·         Guru bertanya kepada murid tentang perkataan-perkatan tersebut dan mengaitkan dengan tajuk pengajaran.




  
·     Contoh kad:
(2)
Pengenalan
·         Guru menerangkan secara ringkas kepada murid tentang perubahan yang berlaku sebelum dan selepas kedatangan agama Islam.
·     Buku Teks Sejarah Tg.4,
     hlm. 185 - 192
·     Longman Esensi Sejarah SPM,
     hlm. 215 - 221



(3)
Pengaruh Islam di Asia Tenggara.
·         Guru membahagikan kelas kepada enam kumpulan.
·         Setiap kumpulan membincangkan satu kesan pengaruh Islam di Malaysia:
-          Kumpulan 1: Aspek politik
-          Kumpulan 2: Sistem pendidikan
-          Kumpulan 3: Bahasa dan kesusasteraan
-          Kumpulan 4: Cara hidup
-          Kumpulan 5: Kesenian
-          Kumpulan 6: Sistem ekonomi

·         Guru meminta setiap kumpulan melaporkan hasil perbincangan masing-masing.
·         Guru membuat rumusan tentang pengaruh Islam di Asia Tenggara.
·         Guru mengedarkan risalah pengaruh Islam dalam sistem kewangan kepada setiap kumpulan dan meminta murid mengkaji pengaruh Islam dalam sistem kewangan tersebut.
·         Guru meminta wakil setiap kumpulan melaporkan hasil kajian mereka.
·         Guru meminta murid membina pengurusan grafik mengklasifikasikan pengaruh Islam dalam masyarakat di Asia Tenggara di dalam buku nota berdasarkan perbincangan kumpulan.


·     Buku Teks Sejarah Tg.4,
    hlm.185 - 192
·     Longman Esensi Sejarah SPM,
    hlm. 215 - 221

Perbincangan kumpulan:
Kesan pengaruh Islam di Malaysia.

Kajian risalah:
Pengaruh Islam dalam sistem kewangan.

Pengurusan grafik: Mengklasifikasikan pengaruh Islam dalam masyarakat di Asia Tenggara.

Contoh:

Pengaruh Islam di Asia Tenggara
Aspek Politik

Sistem
pendidikan

Bahasa dan
Kesusasteraan

Cara hidup

Kesenian

Ekonomi



(4)
·         Murid diarah untuk menyiapkan latihan.
Longman Tutorial Terbilang Sejarah Tg. 4:
·   Praktis A: Soalan 1 - 6 (hlm 54 - 57)
·   Praktis B: Soalan 1 - 40 (hlm 58 - 61)
·   Praktis C: Soalan 1 -  6 (hlm 62)




No comments:

Post a Comment