Sunday 11 May 2014

Bab 8a Tingkatan 4


Bank Resos
Sejarah Tingkatan 4

Tema:
Tamadun Islam dan Perkembangannya
Bab:
Bab 8: Pembaharuan dan Pengaruh Islam di Malaysia Sebelum Kedatangan Barat
Bidang Pembelajaran:
(a) Pemerintahan dan Pentadbiran
·         Institusi kesultanan
·         Perundangan
Hasil Pembelajaran:

Selepas mempelajari tajuk ini, murid akan dapat:
(1)
Menyatakan pengaruh Islam dalam sistem pemerintahan dan pentadbiran (Aras 1)
(2)
Menyatakan pengaruh Islam dalam aspek perundangan
(Aras 2)
(3)
Menghuraikan pengaruh Islam dalam sistem pemerintahan dan pentadbiran (Aras 2)
(4)
Menjelaskan dengan contoh pengaruh Islam dalam undang-undang tidak bertulis (Hukum Adat) dan undang-undang bertulis (Aras 2)


Kemahiran:
Mengenal pasti fakta, membandingkan dan membezakan, dan mengumpulkan dan mengelaskan
Cadangan masa:
1 waktu
Persediaan:
(1)
Mengarahkan murid membaca buku teks (hlm 195 - 200) di rumah
(2)
Mengarahkan murid membawa buku:
·   Longman Esensi  Sejarah SPM
·   Longman Tutorial Terbilang Sejarah Tg. 4
(3)
Gambar mata wang Johor dan Kedah


Strategi/Pendekatan Pengajaran & Pembelajaran
Sumber Rujukan
(1)
Set Induksi
·         Guru menunjukkan gambar mata wang yang mempunyai tulisan Arab “Khalifatul Mukminin”.
·         Guru mengaitkan gambar tersebut dengan tajuk pengajaran.

·     Buku Teks Sejarah Tg. 4,
     hlm 197


(2)
Pengenalan
·         Guru menerangkan kepada murid tentang  kedudukan pelabuhan Melaka yang terletak di tengah jalan perdagangan menyebabkan ia menjadi tumpuan pedagang Islam.
·         Guru mengaitkan kehadiran pedagang Islam di Melaka telah meninggalkan pengaruh yang besar di Malaysia.

·     Buku Teks Sejarah Tg.4,
     hlm.195 - 200
·     Longman Esensi Sejarah SPM,
    hlm.230 - 235

(3)
Pemerintahan dan Pentadbiran.
·         Guru menerangkan kepada murid tentang perubahan dan pengaruh Islam di Malaysia dala aspek pemerintahan dan pentadbiran.
·         Melalui teknik  sumbang saran, murid diminta secara bergilir-gilir menulis isi penting pengaruh Islam di Malaysia dalam aspek pentadbiran dan perundangan.
·         Guru merumuskan hasil sumbang saran murid.
·         Guru mengarahkan murid membina carta perbandingan Adat Perpatih dan Adat Temenggung.

·     Buku Teks Sejarah Tg.4,
    hlm.196 -  200
·     Longman Esensi Sejarah SPM,
    hlm. 230 - 235


Perbincangan kumpulan:
Pembaharuan dan pengaruh Islam di
Malaysia.

Membina carta perbandingan:
Adat Perpatih dan Adat Temenggung.


(4)
·         Murid diarah untuk menyiapkan latihan.
Longman Tutorial Terbilang Sejarah Tg. 4:
·   Praktis A: Soalan 1 - 6 (hlm 63 - 66)
·   Praktis B: Soalan 1 - 50 (hlm 67 -
   70)
·   Praktis C: Soalan 1- 6 (hlm 71)










No comments:

Post a Comment