Sunday 11 May 2014

Bab 3a Tingkatan 4

Bank Resos
Sejarah Tingkatan 4

Tema:
Tamadun Awal Manusia
Bab:
Bab 3: Tamadun Awal Asia Tenggara
Bidang Pembelajaran:
(a) Bentuk dan Ciri-ciri Kerajaan Awal
Hasil Pembelajaran:
Selepas mempelajari tajuk ini, murid akan dapat:
(1)
Menyatakan bentuk-bentuk kerajaan awal di Asia Tenggara (Aras 1)
(2)
Menyenaraikan ciri-ciri kerajaan agraria (Aras 1)
(3)
Menyenaraikan ciri-ciri kerajaan maritim (Aras 1)
(4)
Membincangkan aspek saling bergantung antara kerajaan agraria dan kerajaan maritim (Aras 2)


Kemahiran:
Mengenal pasti fakta, membandingkan dan membezakan, dan mengumpulkan dan mengelaskan
Cadangan masa:
2 waktu
Persediaan:
(1)
Mengarahkan murid membaca buku teks (hlm 71 - 83) di rumah
(2)
Mengarahkan murid membawa buku:
·   Longman Esensi  Sejarah SPM
·   Longman Tutorial Terbilang Sejarah Tg. 4
(3)
Gunakan Slaid Paparan 4
(4)
Gambar sawah padi
(5)
Peta Asia Tenggara untuk edaran kepada murid



Strategi/Pendekatan Pengajaran & Pembelajaran
Sumber Rujukan
(1)
Set Induksi
·         Guru menayangkan gambar sawah padi dan  mengaitkan gambar tersebut dengan tajuk pengajaran.





(2)
Pengenalan
·         Guru menerangkan  bentuk kerajaan yang terdapat di Asia Tenggara.
·         Guru meminta murid menanda lokasi kerajaan agraria dan kerajaan maritim pada peta yang telah disediakan.
·         Guru menjelaskan perbezaan yang terdapat antara kerajaan agraria dan kerajaan maritim.
·         Guru meminta murid menyenaraikan nama-nama kerajaan agraria dan maritim berdasarkan Buku Teks Sejarah Tingkatan 5 dan Buku Rujukan Longman Esensi Sejarah SPM.

·    Buku Teks Sejarah Tg.4,
   hlm 71 - 83
·    Longman Esensi Sejarah SPM,
   hlm. 87 - 99


(3)
Bentuk dan Ciri-ciri Kerajaan Awal.
·         Guru meminta murid berbincang berkaitan dengan ciri-ciri kerajaan agraria dan kerajaan maritim secara berpasangan.
·         Guru meminta beberapa orang murid untuk menerangkan ciri-ciri kerajaan agraria dan maritim.
·         Guru meminta murid membina pengurusan grafik yang menunjukkan perbandingan antara kerajaan agraria dan kerajaan maritim bagi memantapkan lagi pemahaman berkaitan dengan tajuk pengajaran.
·         Guru merumus kembali tajuk pengajaran dan menjelaskan hubungan saling kaitan antara kerajaan agraria dan maritim yang dikatakan saling berhubungan.


·    Buku Teks Sejarah Tg.4,
    hlm. 71 - 83
·    Longman Esensi Sejarah SPM, hlm. 87 – 99

·     Slaid Paparan 4

Pengurusan grafik:
Perbandingan antara kerajaan agraria dan maritim.

Contoh:
Agraria
Bidang
Maritim

Maksud


Contoh Kerajaan


Kegiatan


Ciri-Ciri


Saling berhubungan

(4)
·         Murid diarah untuk menyiapkan latihan.
Longman Tutorial Terbilang Sejarah Tg. 4:
·   Praktis A: Soalan 1 - 7 (hlm 17 - 20)
·   Praktis B: Soalan 1 - 47 (hlm 21 -25)
·   Praktis C: Soalan 1 - 8 (hlm 25 -  26)






No comments:

Post a Comment