Sunday, 11 May 2014

Bab 5d Tingkatan 4


Bank Resos
Sejarah Tingkatan 4

Tema:
Tamadun Islam dan Perkembangannya.
Bab :
Bab 5: Kerajaan Islam di Madinah.
Bidang Pembelajaran:
(d) Perjanjian Hudaibiyah
·         Kepentingan
(e) Pembukaan Semula Kota Makkah
·         Kepentingan dan kejayaan Islam
Hasil Pembelajaran:
Selepas mempelajari tajuk ini, murid akan dapat:
(1)
Menyatakan kepentingan Perjanjian Hudaibiyah (Aras 1)
(2)
Menyatakan proses pembukaan semula kota Makkah (Aras 1)
(3)
Menghubungkaitkan Perjanjian Hudaibiyah dengan pembukaan semula kota Makkah (Aras 2)
(4)
Menjana idea kepentingan pembukaan semula kota Makkah (Aras 3)


Kemahiran:
Mengenal pasti fakta, membandingkan dan membezakan, dan mengumpulkan dan mengelaskan
Cadangan masa:
1 waktu
Persediaan:
(1)
Mengarahkan murid membaca buku teks (hlm 131 - 138) di rumah
(2)
Mengarahkan murid membawa buku:
·   Longman Esensi  Sejarah SPM
·   Longman Tutorial Terbilang Sejarah Tg. 4
(3)
Gambar-gambar kota Makkah
(4)
Pengurusan grafik: Kepentingan pembukaan semula kota Makkah
Strategi/Pendekatan Pengajaran & Pembelajaran
Sumber Rujukan
(1)
Set Induksi
·         Guru menunjukkan gambar-gambar Kota Makkah.
·         Guru bertanya kepada murid tentang tujuan umat Islam pergi ke Makkah.
·         Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk pengajaran.



(2)
Pengenalan
·         Guru menerangkan peranan kota Makkah dan mengaitkan kepentingannya dengan Perjanjian Hudaibiyah dan pembukaan semula kota Makkah.
·     Buku Teks Sejarah Tg.4,
     hlm. 131 - 138
·     Longman Esensi Sejarah SPM,   hlm. 153 - 158
(3)
Perjanjian Hudaibiyah dan Pembukaan Semula Kota Makkah
·         Guru berbincang dengan murid tentang sebab berlakunya Perjanjian Hudaibiyah.
·         Murid diminta secara kronologi menyusun fakta yang berkaitan dengan peristiwa sehingga tercetusnya Perjanjian Hudaibiyah.
·         Guru mengarahkan murid mencatat isi penting syarat-syarat Perjanjian Hudaibiyah.
·         Guru mengarahkan murid secara bergilir-gilir menulis kepentingan Perjanjian Hudaibiyah di papan tulis.
·         Guru mengaitkan Perjanjian Hudaibiyah dengan pembukaan semula kota Makkah.
·         Murid diminta berbincang dengan rakan  tentang faktor dan kepentingan pembukaan semula kota Makkah.
·         Guru mengedarkan pengurusan grafik kepentingan pembukaan semula kota Makkah untuk diisi oleh murid.

·     Buku Teks Sejarah Tg.4,
     hlm. 124 - 129
·     Longman Esensi Sejarah SPM,  hlm. 153 - 158

Menyusun secara kronologi: Peristiwa Perjanjian Hudaibiyah.

Membuat carta minda: Kepentingan perjanjian Hudaibiyah.

Rengurusan Grafik:
Kepentingan pembukaan semula Kota Makkah.



(4)
·         Murid diarah untuk menyiapkan latihan.
Longman Tutorial Terbilang Sejarah Tg. 4:
·     Praktis A: Soalan 1 - 6 (hlm 36 -       39)
·    Praktis B: Soalan 1 - 44 (hlm 39 -   43)
·     Praktis C: Soalan 1 - 6 (hlm 43 -  44)




No comments:

Post a Comment