Sunday 11 May 2014

Bab 8c Tingkatan 4


Bank Resos
Sejarah Tingkatan 4

Tema:
Tamadun Islam dan Perkembangannya di Makkah.
Bab:
Bab 8: Pembaharuan dan pengaruh Islam di Malaysia sebelum
kedatangan Barat.
Bidang Pembelajaran:
(c) Ekonomi
  • Perdagangan
  • Mata wang
  • Percukaian
Hasil Pembelajaran:
Selepas mempelajari tajuk ini, murid akan dapat:
(1)
Menyatakan pengaruh Islam dalam aspek ekonomi (Aras 1)
(2)
Mengklasifikasikan pengaruh Islam dalam aspek ekonomi
(Aras 2)
(3)
Menghuraikan pengaruh Islam dalam aspek ekonomi (Aras 2)


Kemahiran:
Mengenal pasti fakta, membandingkan dan membezakan, dan mengumpulkan dan mengelaskan
Cadangan masa:
2 waktu
Persediaan:
(1)
Mengarahkan murid membaca buku teks (hlm 208 - 212) di rumah
(2)
Mengarahkan murid membawa buku:
·   Longman Esensi  Sejarah SPM
·   Longman Tutorial Terbilang Sejarah Tg. 4
(3)
Gambar lada, bunga cengkih, buah pala, dan bunga lawang

 Strategi/Pendekatan Pengajaran & Pembelajaran 
Sumber Rujukan
(1)
Set Induksi
·         Guru menunjukkan gambar lada, bunga cengkih, buah pala, dan bunga lawang.
·         Guru mengaitkan gambar-gambar tersebut dengan barang-barang dagangan yang diperdagangkan di Melaka.
·         Guru mengaitkannya dengan tajuk pengajaran.


    



(2)
Pengenalan
·         Guru menerangkan kepada murid tentang perkembangan pelabuhan Melaka yang menjadi tumpuan pedagang dari luar.
·         Guru menyatakan bahawa kehadiran pedagang luar telah memberi pengaruh terhadap ekonomi masyarakat Melayu.


·     Buku Teks Sejarah Tg.4,
     hlm. 208 - 211
·     Longman Esensi Sejarah SPM,   hlm. 243 - 247

(3)
Ekonomi
·         Guru membentuk beberapa kumpulan berdasarkan tajuk.
·         Setiap kumpulan akan diberikan tajuk untuk dibincangkan.
-    Kumpulan 1: Fungsi jawatan laksamana dan syahbandar.
-    Kumpulan 2: Barang dagangan yang diperdagangkan di pelabuhan Melaka.
-    Kumpulan 3: Sistem timbangan yang digunakan di pelabuhan Melaka.
-    Kumpulan 4: Mata wang yang digunakan dalam urusan perdagangan di pelabuhan Melaka.
-    Kumpulan 5: Sistem percukaian yang dikenakan oleh pemerintah kepada pedagang di Melaka.
-    Kumpulan 6: Pengaruh Islam dalam ekonomi Melaka.

·         Wakil daripada setiap kumpulan dikehendaki menerangkan maklumat yang diperoleh di hadapan kelas.
·         Semua murid diminta mencatatkan hasil perbincangan ke dalam buku nota.

·     Buku Teks Sejarah Tg.4,
     hlm.208 - 211
·     Longman Esensi Sejarah SPM,
     hlm. 243 - 247

















                 


(4)
·           Murid diarah untuk menyiapkan latihan.
Longman Tutorial Terbilang Sejarah Tg. 4:
·    Praktis A: Soalan 1 - 6 (hlm 63 - 66)
·    Praktis B: Soalan 1 - 50 (hlm 67 -
    70)
·    Praktis C: Soalan 1 - 6 (hlm 71)










No comments:

Post a Comment