Sunday, 11 May 2014

Bab 4a Tingkatan 4


Bank Resos
Sejarah Tingkatan 4

Tema:
Tamadun Islam dan Perkembangannya
Bab:
Bab 4: Kemunculan Tamadun Islam dan Perkembangannya di Makkah
Bidang Pembelajaran:
(a) Masyarakat Arab Jahiliah
  • Ciri-ciri dari aspek sosial, nilai-nilai hidup, organisasi politik, dan kepercayaan agama
Hasil Pembelajaran:
Selepas mempelajari tajuk ini, murid akan dapat:
(1)
Menerangkan maksud Jahiliah  (Aras 1)
(2)
Menyenaraikan ciri-ciri masyarakat Arab Jahiliah (Aras1)
(3)
Menghuraikan ciri-ciri masyarakat Arab Jahiliah  (Aras 2)
(4)
Merasionalkan masyarakat Arab Jahiliah berpegang teguh kepada sistem kabilah (Aras 2)


Kemahiran:
Mengenal pasti fakta, membandingkan dan membezakan, dan mengumpulkan dan mengelaskan
Cadangan masa:
1 waktu
Persediaan:
(1)
Mengarahkan murid membaca buku teks (hlm 98 - 102) di rumah
(2)
Mengarahkan murid membawa buku:
·   Longman Esensi  Sejarah SPM
·   Longman Tutorial Terbilang Sejarah Tg. 4
(3)
Gunakan Slaid Paparan 6
(4)
Sebuah sajak yang berkaitan dengan masyarakat Arab Jahiliah
(5)
Peta negara Arab (rujuk kepada buku teks)
(6)
Carta masa. (rujuk kepada buku teks)
(7)
Pengurusan grafik: Ciri-ciri masyarakat Arab Jahiliah

Strategi/Pendekatan Pengajaran & Pembelajaran
Sumber Rujukan
(1)
Set Induksi
·         Guru meminta seorang murid mendeklamasikan sebuah sajak yang  bertajuk Jahiliah.
·         Guru meminta murid menghayati sajak tersebut dan memahami  isi-isi penting yang terdapat dalam sajak.



(2)
Pengenalan
·         Guru menerangkan maksud jahiliah kepada murid dengan mengaitkan aspek kehidupan sosial dan politik masyarakat Arab.
·         Guru mengarahkan murid melihat carta masa yang terdapat di dalam Buku Teks Sejarah Tingkatan 5 dan Buku Rujukan Longman Esensi Sejarah SPM untuk menjelaskan lagi pengertian masyarakat Arab Jahiliah yang merangkumi konsep ruang masa.
·         Guru meminta murid merujuk kepada peta yang terdapat di dalam buku teks  untuk menjelaskan kedudukan masyarakat Arab Jahiliah di Kota Makkah.

·    Buku Teks Sejarah Tg.4,
     hlm. 98 - 102
·    Longman Esensi Sejarah SPM, hlm. 118 - 122



(3)
Masyarakat Arab Jahiliah
·         Guru menerangkan ciri-ciri masyarakat Arab Jahiliah.
·         Guru mengarahkan murid secara bergilir-gilir menulis ciri-ciri masyarakat Arab Jahiliah di papan tulis.
·         Guru mengedarkan pengurusan grafik kepada semua murid dan meminta mereka melengkapkan pengurusan grafik tersebut mengikut aspek politik, agama, sosial, dan kepercayaan.















·    Buku Teks Sejarah Tg.4,
    hlm. 98 - 102
·    Longman Esensi Sejarah SPM, hlm. 118 - 122

·    Slaid Paparan 6

Pengurusan grafik:
Ciri-ciri masyarakat Arab Jahiliah.
Contoh:
(4)
·         Murid diarah untuk menyiapkan latihan.
Longman Tutorial Terbilang Sejarah Tg. 4:
·     Praktis A: Soalan 1 - 6 (hlm 27 -
     30)
·     Praktis B: Soalan 1 - 50 (hlm 31-
     34)
·     Praktis C: Soalan 1 - 6 (hlm 34 -
     35)



No comments:

Post a Comment