Sunday 11 May 2014

Bab 7a Tingkatan 4


Bank Resos
Sejarah Tingkatan 4

Tema:
Tamadun Islam dan Perkembangannya
Bab :
Bab 7: Islam di Asia Tenggara
Bidang Pembelajaran:
(a) Kedatangan Islam ke Asia Tenggara
·         Teori dan bukti
Hasil Pembelajaran:
Selepas mempelajari tajuk ini, murid akan dapat:
(1)
Menyatakan teori dan bukti kedatangan Islam ke Asia Tenggara
(Aras 1)
(2)
Melakarkan arah kedatangan Islam ke Asia Tenggara (Aras 1)
(3)
Menghuraikan teori kedatangan Islam ke Asia Tenggara (Aras 2)
(4) )
Membahaskan teori kedatangan Islam ke Asia Tenggara melalui perdagangan (Aras 3)


Kemahiran:
Mengenal pasti fakta, membandingkan dan membezakan, dan mengumpulkan dan mengelaskan
Cadangan masa:
2 waktu
Persediaan:
(1)
Mengarahkan murid membaca buku teks (hlm 173 - 178) di rumah
(2)
Mengarahkan murid membawa buku:
·   Longman Esensi  Sejarah SPM
·   Longman Tutorial Terbilang Sejarah Tg. 4
(3)
Kajian peta: Teori kedatangan Islam di Asia Tenggara
(4)
Pengurusan grafik: Teori kedatangan Islam
(5)
Murid diarah mencari maklumat mengenai teori kedatangan agama Islam di Internet




Strategi/Pendekatan Pengajaran & Pembelajaran
Sumber Rujukan
( 1)
Set Induksi
·         Guru meminta murid merujuk peta tentang arah kedatangan agama Islam ke Asia Tenggara (Sila rujuk buku teks pada halaman 175).
·         Guru bertanya kepada murid tentang maklumat yang diperoleh oleh murid tentang teori kedatangan agama Islam ke Asia Tenggara.


·     Buku Teks Sejarah Tg. 4,
     hlm 173 - 178




(2)
Pengenalan
·         Guru menerangkan kepada murid bahawa terdapat tiga teori kedatangan agama Islam ke Asia Tenggara iaitu:
-          Teori dari Arab
-          Teori dari China
-          Teori dari India

·     Buku Teks Sejarah Tg.4,
    hlm. 173 - 178
·     Longman Esensi Sejarah SPM, hlm. 203 - 208

(3)
Kedatangan Islam ke Asia Tenggara.
·         Guru membentuk enam kumpulan berdasarkan kad tugasan yang telah disediakan:
-          Kumpulan 1: Mengemukakan persoalan kepada kumpulan 2 berkaitan teori kedatangan Islam dari Arab.
-          Kumpulan 3: Mengemukakan persoalan kepada kumpulan 4 berkaitan teori kedatangan Islam dari China.
-          Kumpulan 5: Mengemukakan persoalan kepada kumpulan kumpulan 6 berkaitan teori kedatangan Islam dari India.

·         Semua kumpulan memulakan sesi penyoalan dengan dimulai oleh kumpulan 1 yang menyoal kumpulan 2 tentang teori kedatangan agama Islam, diikuti dengan kumpulan 2 menyoal kumpulan 3 dan seterusnya.
·         Murid daripada kumpulan yang tak terlibat semasa sesi penyoalan diminta mencatat soalan dan jawapan yang dikemukakan.
·         Setelah semua kumpulan menjalankan peranan masing-masing guru membuat kesimpulan tentang teori dan bukti kedatangan agama Islam ke Asia Tenggara.
·         Sebagai pengukuhan guru mengedarkan grafik untuk diisi oleh murid di dalam buku nota.

·     Buku Teks Sejarah Tg.4,
    hlm.173 - 178
·     Longman Esensi Sejarah SPM, hlm. 203 - 208


Pengurusan grafik:
Teori Kedatangan Agama Islam dari Arab, China, dan India.

Contoh:
 
 



















(4)
·         Murid diarah untuk menyiapkan latihan.
Longman Tutorial Terbilang Sejarah Tg. 4:
·  Praktis A: Soalan 1 - 6 (hlm 54 - 57)
·  Praktis B: Soalan 1 - 40 (hlm 58 - 61)
·  Praktis C: Soalan 1 - 6 (hlm 62)




No comments:

Post a Comment