Sunday 11 May 2014

Bab 9c Tingkatan 4


Bank Resos
Sejarah Tingkatan 4

Tema:
Perkembangan di Eropah dan Kesannya Terhadap Ekonomi Negara
Bab :
Bab 9: Perkembangan di Eropah
Bidang Pembelajaran:
(c) Revolusi Pertanian dan Revolusi Perindustrian
  • Perkembangan bidang pertanian - Pemilikan tanah persendirian
  • Perkembangan dalam bidang industri – Peralihan daripada industri desa kepada perkilangan
  • iii.  Kesan Revolusi Pertanian dan Revolusi Perindustrian
Hasil
Pembelajaran:

Selepas mempelajari tajuk ini, murid akan dapat:
(1)
Menyenaraikan faktor yang mencetuskan Revolusi Pertanian dan Revolusi Perindustrian (Aras 1)
(2)
Menyatakan kesan-kesan Revolusi Pertanian dan Revolusi         Perindustrian (Aras 1)
(3)
Menghuraikan faktor yang mencetuskan Revolusi Pertanian dan Revolusi Perindustrian (Aras 2)

(4)
Mengklasifikasikan kesan Revolusi Pertanian dan Revolusi Perindustrian (Aras 2)


Kemahiran:
Mengenal pasti fakta, membandingkan dan membezakan, dan mengumpulkan dan mengelaskan
Cadangan masa:
1 waktu
Persediaan:
(1)
Mengarahkan murid membaca buku teks (hlm 226 - 236) di rumah
(2)
Mengarahkan murid membawa buku:
·   Longman Esensi  Sejarah SPM
·   Longman Tutorial Terbilang Sejarah Tg. 4
(3)
Gambar-gambar berkaitan teknologi pertanian terbaru dan gambar-gambar sektor perkilangan
(4)
Tugasan untuk perbincangan kumpulan



Strategi/Pendekatan Pengajaran & Pembelajaran
Sumber Rujukan
(1)
Set Induksi
·         Guru menayangkan beberapa gambar yang berkaitan teknologi pertanian terbaru dan gambar-gambar sektor perkilangan.
·         Guru meneroka pengetahuan sedia ada murid dengan menanyakan soalan berkaitan gambar tesebut.
·         Guru mengaitkan gambar dengan tajuk pengajaran.




(2)
Pengenalan
·         Guru menerangkan maksud revolusi kepada murid dan mengaitkan dengan revolusi dalam bidang pertanian dan perindustrian.
·     Buku Teks Sejarah Tg.4,
    hlm. 226 - 236
·     Longman Esensi Sejarah SPM,
     hlm. 271 - 280

(3)
Revolusi Pertanian dan Revolusi Perindustrian.
·         Guru membentuk enam kumpulan murid.
·         Setiap kumpulan membincangkan satu tajuk yang disediakan oleh guru. Contoh;
-          Kumpulan 1: Membincangkan faktor Revolusi Pertanian dan membina carta minda berkaitan tajuk.
-          Kumpulan 2: Membincangkan faktor Revolusi Perindustrian dan membina grafik berkaitan tajuk.
-          Kumpulan 3: Membincangkan hasil rekaan baru dalam bidang pertanian dan menghasilkan buku skrap berkaitan tajuk.
-          Kumpulan 4: Membincangkan hasil rekaan baru dalam bidang perindustrian dan menghasilkan buku skrap berkaitan tajuk.
-          Kumpulan 5: Membincangkan kesan Revolusi Pertanian dan menghasilkan pengurusan grafik berkaitan tajuk.
-          Kumpulan 6: Membincangkan kesan Revolusi Perindustrian dan menghasilkan   pengurusan grafik berkaitan tajuk.

·         Setiap kumpulan melaporkan hasil perbincangan masing-masing dan menunjukkan hasil tugasan mereka kepada kelas.
·         Guru membuat rumusan hasil perbincangan murid dan meminta hasil tugasan murid untuk dibuat salinan dan dibahagikan kepada semua murid untuk menambahkan dan pemperkayakan pengetahuan mereka tentang tajuk pengajaran.
·     Buku Teks Sejarah Tg.4,
    hlm.226 - 236
·     Longman Esensi Sejarah SPM,
    hlm. 271 - 280

Perbincangan kumpulan:
Kesan Revolusi Pertanian dan Revolusi Perindustrian ke atas Asia Tenggara.

Contoh:


Projek Buku Skrap:
Hasil ciptaan Revolusi Pertanian dan Revolusi Perindustrian.

Contoh:
Tanaman giliran (Turnip Townshend)
Lord Townshend
Alat Jethro Tull
Jethro Tull
Flying Shuttle
John Kay
Spinning Jenny
James Hagreaves
Water Frame
Sir Richard Arkwright
Mule
Samuel Crompton

 
 















Pengurusan grafik:
Mengklasifikasi kesan Revolusi Pertanian dan Revolusi
Perindustrian.

Contoh:

(4)
·         Murid diarah untuk menyiapkan latihan.
Longman Tutorial Terbilang Sejarah
Tg. 4:
·    Praktis A: Soalan 1 - 6 (hlm 72 - 75)
·    Praktis B: Soalan 1 - 49 (hlm 76
   80)
·    Praktis C: Soalan 1 - 4 (hlm 80)





No comments:

Post a Comment