Sunday, 11 May 2014

Bab 10b Tingkatan 4


Bank Resos
Sejarah Tingkatan 4

Tema:
Perkembangan di Eropah dan Kesannya Terhadap Ekonomi Negara
Bab :
Bab 10: Dasar British dan Kesannya Terhadap Ekonomi Negara
Bidang Pembelajaran:
(c) Dasar British Terhadap Pertanian
·         Undang-undang berhubung tanah
·         Dasar British terhadap pekebun kecil
Hasil
Pembelajaran:

Selepas mempelajari tajuk ini, murid akan dapat:
(1)
Menyenaraikan undang-undang berhubung tanah yang
diperkenalkan oleh British di Tanah Melayu, Sarawak, dan Sabah (Aras 1)
(2)
Menyatakan sebab-sebab British memperkenalkan undang-undang berhubung dengan tanah (Aras 1)
(3)
Menyatakan dasar British terhadap pekebun kecil (Aras 1)

(4)
Menyatakan kesan-kesan dasar British terhadap pekebun kecil       (Aras 1)


Kemahiran:
Mengenal pasti fakta, membandingkan dan membezakan, dan mengumpulkan dan mengelaskan
Cadangan masa:
1 waktu
Persediaan:
(1)
Mengarahkan murid membaca buku teks (hlm 258 - 262) di rumah
(2)
Mengarahkan murid membawa buku:
·   Longman Esensi  Sejarah SPM
·   Longman Tutorial Terbilang Sejarah Tg. 4
(3)
Contoh geran tanah


Strategi/Pendekatan Pengajaran & Pembelajaran
Sumber Rujukan
(1)
Set Induksi
·         Guru menunjukkan kepada murid dokumen  geran tanah.
·         Guru menanyakan murid kegunaan dokumen geran tanah.
·         Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk pengajaran.




(2)
Pengenalan
·         Guru menerangkan kepada murid tentang dasar-dasar yang yang diperkenalkan oleh British di Tanah Melayu.
·         Guru bersoal jawab dengan murid tentang tujuan British memperkenalkan beberapa undang-undang yang berkaitan dengan pertanian di Tanah Melayu.

·   Buku Teks Sejarah Tg.4,
   hlm. 258 - 262
·   Longman Esensi Sejarah SPM,
   hlm. 307 - 312

(3)
Dasar British Terhadap Pertanian.
·         Guru  menerangkan kepada murid tentang undang-undang berhubung tanah yang diperkenalkan oleh British di Tanah Melayu.
·         Guru meminta murid berbincang dengan rakan tentang undang-undang berhubung tanah dan dasar British terhadap pekebun kecil.
·         Guru meminta beberapa orang murid membuat peta minda di papan tulis berkaitan dengan undang-undang tanah.
·         Murid lain diminta menulis peta minda tersebut di dalam buku nota.
·         Guru meminta murid membuat pengurusan grafik perbandingan undang-undang tanah tradisional masyarakat Melayu dan undang-undang tanah yang diperkenalkan oleh British.


·   Buku Teks Sejarah Tg.4,
   hlm. 258 - 262
·   Longman Esensi Sejarah SPM,
   hlm. 307 - 312

Perbincangan:
Undang-undang British berhubung tanah dan dasar British terhadap pekebun kecil.

Peta minda:
Undang-undang berhubung tanah

Contoh:
Pengurusan grafik:
Membandingkan undang-undang tanah sebelum dan selepas kemasukan British.

(4)
·         Murid diarah untuk menyiapkan latihan.
Longman Tutorial Terbilang Sejarah Tg. 4:
·    Praktis A: Soalan 1 - 6 (hlm 81 -
    84)
·    Praktis B: Soalan 1 - 44 (hlm 85 -
    88)
·    Praktis C: Soalan 1 - 4 (hlm 88 -
    89)





No comments:

Post a Comment