Sunday, 11 May 2014

Bab 3b Tingkatan 4


Bank Resos
Sejarah Tingkatan 4

Tema:
Tamadun Awal Manusia
Bab:
Bab 3: Tamadun Awal Asia Tenggara
Bidang Pembelajaran:
(b) Pengaruh Agama Hindu dan Buddha dalam Kerajaan Awal
  • Sistem pemerintahan dan pentadbiran
  • Kesenian dan kesusasteraan
Hasil Pembelajaran:
Selepas mempelajari tajuk ini, murid akan dapat:
(1)
Menyatakan cara kedatangan agama Hindu dan Buddha ke Asia Tenggara (Aras 1)
(2)
Menyatakan ciri-ciri Hindu-Buddha dalam kerajaan awal di Asia Tenggara (Aras 1)
(3)
Menghuraikan pengaruh Hindu-Buddha dalam pemerintahan dan pentadbiran (Aras 2)
(4)
Menjelaskan dengan contoh pengaruh Hindu-Buddha dalam kesusasteraan dan kesenian (Aras 2)


Kemahiran:
Mengenal pasti fakta, membandingkan dan membezakan, dan mengumpulkan dan mengelaskan
Cadangan masa:
2 waktu
Persediaan:
(1)
Mengarahkan murid membaca buku teks (hlm 84 - 95) di rumah
(2)
Mengarahkan murid membawa buku:
·   Longman Esensi Sejarah SPM
·   Longman Tutorial Terbilang Sejarah Tg. 4
(3)
Gunakan Slaid Paparan 5
(4)
Gambar Candi Borobudur, Candi Angkor Wat, dan Candi Lembah Bujang
(5)
Peta Asia Tenggara untuk edaran kepada murid


Strategi/Pendekatan Pengajaran & Pembelajaran
Sumber Rujukan
(1)
Set Induksi
·         Guru menunjukkan gambar Candi Borobudur, Angkor Wat, dan lembah Bujang.
·         Guru bertanya kepada murid tentang gambar yang ditunjukkan dan mengaitkan gambar tersebut dengan tajuk pengajaran.





(2)
Pengenalan
·         Guru menerangkan kepada murid tentang proses kedatangan pengaruh Hindu dan Buddha ke Asia Tenggara.
·         Guru mengaitkan kedudukan Asia Tenggara yang terletak di tengah-tengah jalan perdagangan antara India dan China menyebabkan pengaruh Hindu dan Buddha tersebar ke Asia Tenggara.
·         Guru mengedarkan peta Asia Tenggara dan mengarahkan murid menanda lokasi kerajaan Srivijaya, Angkor Wat, dan Lembah Bujang.

·    Buku Teks Sejarah Tg.4,
    hlm. 84 - 95
·    Longman Esensi Sejarah SPM, hlm. 99 - 109



(3)
Pengaruh Agama Hindu dan Buddha.
·         Guru membentuk beberapa kumpulan berdasarkan tajuk.
·         Setiap kumpulan diberikan bahan dan tajuk
-          Kumpulan 1: Kajian gambar - Monumen dan kepentingannya.
-          Kumpulan 2: Kajian teks Sejarah - Pengaruh agama Hindu dalam aspek pemerintahan.
-          Kumpulan 3: Kajian teks - Pengaruh Hindu- Buddha dalam aspek kesenian.
-          Kumpulan 4: Kajian peta - Peta Lembah Bujang dan Peta Angkor Wat.
-          Kumpulan 5: Menjana idea - Faktor kedatangan agama Buddha ke Asia Tenggara.
-          Kumpulan 6: Pengaruh Hindu-Buddha  dalam aspek kesusasteraan.

·         Wakil setiap kumpulan membentangkan hasil kajian masing-masing.
·         Guru merumuskan hasil dapatan murid dan mengarahkan mereka mengisi pengurusan grafik pengaruh agama Hindu-Buddha di Asia Tenggara dan kepentingan monumen untuk menambahkan lagi pemahaman tajuk pengajaran.
·    Buku Teks Sejarah Tg.4,           
   hlm. 84 - 95
·    Longman Esensi Sejarah SPM, hlm. 99 – 109

·    Slaid Paparan 5


www.jkr.gov.my (Peta Lembah Bujang)

www.asia-discovery.com (Peta Angkor Wat)

Pengurusan grafik: 
Pengaruh Hindu-Buddha di Asia Tenggara.

Contoh:
Pengaruh Hindu-Buddha
Pentadbiran
Kesenian
Kesusasteraan
















Rajah pengurusan grafik:
Kepentingan monumen.

(4)
·         Murid diarah untuk menyiapkan latihan.
Longman Tutorial Terbilang Sejarah Tg. 4:
·   Praktis A: Soalan 1 - 7 (hlm 17 - 20)
·   Praktis B: Soalan 1 - 47 (hlm 21 - 25)
·   Praktis C: Soalan 1 - 8 (hlm 25 -26)


No comments:

Post a Comment